Mederma® telah membantu ramai orang berasa yakin semula dengan kulit mereka

Tunjukkan kami cara Mederma® telah memperbaiki kualiti hidup anda

Adakah Mederma membantu anda mengurangkan parut anda dan menjadikannya kurang ketara? Beritahu kami kisah anda dan bantu orang lain untuk merawat parut mereka dengan berjaya!

Kisah anda

Kisah bulan ini:

Bagaimana Lakshmi mengelakkan parut selepas membuang tahi lalat

Tidak beberapa lama dahulu saya telah membuang tali lalat dari tulang selangka saya. Mujurlah tahi lalat itu tidak berbahaya tetapi geseran pakaian saya pada parut tersebut mencegahnya daripada sembuh dengan baik seperti yang saya harapkan. Terdapat parut agak merah yang sangat gatal.

Doktor saya menyarankan Mederma. Oleh itu saya mencubanya kerana saya memang tak suka dengan parut tersebut. Selepas beberapa minggu, saya lihat gatal mula hilang dan parut juga menjadi lebih cerah. Itu menggalakkan saya untuk terus menyapu Mederma pada parut saya dua kali sehari. Kini, empat bulan kemudian, anda hampir tidak nampak sebarang tanda. Parut tersebut sembuh dengan sangat baik dan saya tidak berasa malu untuk memakai semula sari saya semasa perayaan.

Bagaimana Jack menyembuhkan lututnya yang melecet teruk akibat kemalangan basikal

Saya sangat suka akan basikal saya. Kebolehan mengawal basikal saya pada sebarang kelajuan dan atas sebarang permukaan adalah satu perasaan yang hebat. Dan kadangkala saya berusaha sedaya upaya.

Dan kemudian pada tahun lepas kemalangan berlaku: Saya tidak dapat melihat batu, lalu meluncur dan akhirnya lutut kanan saya melecet teruk. Lecet tersebut sembuh dengan pantas tetapi ia kekal merah dan kelihatan berbeza betul dengan kulit di sekelilingnya. Pada mulanya saya ingat, tidak apalah, sekurang-kurangnya luka tersebut sudah tertutup. Tetapi kemudian rakan wanita saya memberitahu saya bahawa saya harus merawat kawasan tersebut dengan gel parut untuk membantunya sembuh dengan lebih baik.


Oleh itu lebih kurang empat minggu selepas terjatuh saya mula menggunakan Mederma. Dan ini benar-benar membantu. Hasilnya sangat ketara selepas beberapa minggu dan selepas tiga bulan anda hampir tidak dapat melihat parut tersebut. Saya sangat yakin dengan keberkesanan Mederma. Dan kini selepas mengetahui bahawa saya boleh menggunakan Mederma, saya berasa lebih lega apabila keluar berbasikal.

Bagaimana Mandisa membuat luka terbakarnya kurang ketara

Saya suka melakukan sesuatu dengan pantas. Oleh itu, kadangkala saya mengalami kemalangan ringan Seperti sewaktu saya mengalami luka terbakar disebabkan ketuhar dan mempunyai luka yang teruk, lebih kurang 10 cm panjang.

Ahli farmasi saya mengesyorkan Mederma. Apabila dia memberitahu saya bahawa rawatan akan mengambil beberapa minggu, saya berasa kurang senang. Tetapi dia mengatakan bahawa masa tersebut jauh berkurangan daripada beberapa dekad saya akan mempunyai parut yang hodoh itu pada diri saya. Saya terpaksa mengaku bahawa dia bercakap benar dan saya mesti mengatakan bahawa: Memang berbaloi. Hanya terdapat calit cerah kecil yang tinggal daripada parut tersebut.

Bagaimana Josie menghentikan Tico daripada mengingati tentang jatuhnya untuk selama-lamanya

Tico ialah seorang kanak-kanak ceria dan saya tidak dapat menyainginya pada setiap masa. Apabila dia mula berjalan, dia sentiasa perlu diperhatikan. Tetapi kemalangan tetap berlaku: Dia terjatuh dan terhantuk kepalanya. Mujurlah luka tersebut tidak memerlukan jahitan.

Biar selamat, saya merawat luka tersebut dengan Mederma sebaik sahaja luka tersebut tertutup. Saya tidak inginkan Tico mempunyai parut sepanjang hayatnya untuk mengingati langkah-langkah pertamanya.


Saya mengikuti arahan dengan patuh: sapukan dua kali sehari, sebaik saja luka tersebut tertutup, selama lapan minggu. Anda hampir tidak dapat melihat parut itu lagi dan kini kami menyimpan Mederma di dalam rumah. Saya berasa khuatir kami akan memerlukannya lagi.

Bagaimana Lucia merawat parutnya selepas mengalami luka yang dalam

Saya tidak pernah mengalami luka teruk sebegini: Saya sedang membersihkan diri dan tapak tangan saya luka terkena kaca yang pecah. Pada mulanya saya tidak menyedari berapa lama saya harus menghadapi kecederaan ini. Lukanya tidak begitu ketara tetapi luka yang dalam di tapak tangan mengambil masa yang lama untuk sembuh. Kulitnya merah, bengkak, sangat gatal dan kerap tegang.

Doktor saya mengatakan bahawa saya harus merawat parut tersebut dengan segera. Sebaik saja luka tersebut tertutup, saya menyapu gel parut itu dengan perlahan pada setiap pagi dan petang. Ini amat selesa kerana perasaan tegang dan gatal semakin berkurangan. Selepas beberapa ketika, kemerahan tersebut juga mula hilang. Saya mencatatkan perubahan yang berlaku supaya saya boleh katakan dengan jelas betapa berkesannya rawatan tersebut. Selepas lapan minggu berlalu, parut saya tidak begitu ketara dan juga tidak mengganggu sangat. Terima kasih kepada Mederma!

Bagaimana akhirnya Lin mengatasi parut yang mengganggunya sekian lama

Saya mempunyai parut yang teruk di betis saya semasa tercedera bermain 'in-line skating'. Parut tersebut sangat mengganggu saya tetapi saya sudah pasti bahawa saya terpaksa hidup dengannya buat selama-lamanya. Kemudian seorang kawan memberitahu saya bahawa dia telah berjaya merawat parut anaknya dengan menggunakan Mederma. Saya berasa ragu. Bagaimana parut itu boleh dirawat? Lebih-lebih lagi parut saya sudah setahun lamanya.

Tetapi kawan saya sungguh meyakinkan dan saya berfikir: Ini tidak boleh menyebabkan sebarang kemudaratan dan apa yang boleh saya katakan? Banyak kebaikannya!


Saya merawat parut saya selama hampir setengah tahun secara konsisten dengan Mederma dan anda benar-benar boleh melihat hasilnya. Parut tersebut lebih kecil dan kurang ketara dan saya berasa yakin semula. Saya menunjukkan kaki saya dan telah memakai semula skirt kegemaran saya.

Bagaimana Olivia suka melihat dirinya semula di dalam cermin

Hi. Saya melihat diri saya sebagai seorang wanita moden: aktif, kepala angin, berjaya, menikmati kehidupan. Dan sudah tentunya melakukan semua ini sambil mengekalkan rupa saya. Dan kemudian suatu kemalangan kecil berlaku kepada saya di anak tangga yang licin dan saya mendapat parut merah yang hodoh di muka saya. Betul-betul di mana setiap orang akan melihatnya terlebih dahulu! Itu mengganggu saya lebih daripada kemalangan itu sendiri. Saya mula membenci cermin saya.

Kemudian saya berkata kepada diri saya: Olivia, berhenti mengeluh dan lakukan sesuatu. Oleh itu saya mendapatkan Mederma. Kemudian saya mula melihat cermin dengan teliti setiap hari. Selepas hanya tiga minggu, parut jelas kurang merah dan kini, tiga bulan kemudian, tidak begitu ketara.


Saya berasa sungguh lega. Dan cermin saya menjadi teman saya semula - hasil daripada Mederma.

Bagaimana Irina berasa yakin semula

Parut saya memang satu masalah buat diri saya ... Luka terbakar di tangan saya menjadi peringatan buruk tentang air panas yang saya tapis dari sebuah periuk berisi pasta ... Periuk tersebut terlepas daripada tangan saya dan saya mengalami luka terbakar yang teruk.

Mujurlah luka tersebut sembuh dengan agak baik. Tetapi parutnya kekal dan saya berasa seakan-akan setiap orang sedang memandang saya. Tetapi kini, semua itu sudah berlalu.


Saya mendapat tahu tentang Mederma dan terus mencubanya. Pada mulanya saya berasa kecewa kerana saya tidak melihat sebarang perubahan. Tetapi saya teruskan dan selepas beberapa minggu, keadaan bertambah baik. Sudah tentu parut tersebut tidak hilang sepenuhnya tetapi parut itu menjadi kurang ketara. Dan saya berasa gembira semula tentang diri saya.

Beritahu kami kisah anda

Kami ingin mendengar jenis parut yang telah anda rawat, bagaimana ini berlaku, bagaimana rupa parut itu sekarang dan mendapatkan beberapa panduan peribadi daripada anda.

* Medan yang diperlukan 



Carian

Tiga fasa pembentukan parut

Lihat cara Mederma bertindak

Kisah benar Mederma




Merz [Logo]

Mederma® telah membantu ramai orang berasa yakin semula dengan kulit mereka - Mederma

URL: http://www.mederma-world.com/mal/success_stories/index.jsp
Stand: 23-Oct-2017, 11:42 AM
© 2017 Merz Pharmaceuticals.