Penjelasan bagi istilah-istilah parut yang paling penting


Pembedahan

Pembedahan ialah punca utama bagi parut yang besar. Intervensi biasanya perlu dari segi perubatan dan dengan demikian tidak dapat dielakkan tetapi boleh meninggalkan parut yang ketara. Atas sebab ini, adalah penting bagi parut tersebut dirawat secara profesional seperti punca pembedahan itu sendiri.

Antara pembedahan yang paling lazim ialah pembedahan Caesarean serta pembedahan ke atas sendi atau organ dalaman. Pembedahan ini biasanya dirancang lebih awal supaya pesakit berpeluang mempersiapkan diri mereka dengan baik bagi pembedahan dan penjagaan selepas pembedahan.

Kebanyakan pembedahan melibatkan insisi yang kemudiannya dijahit dengan bersih. Pada tisu yang sihat, sesuatu luka itu sembuh dengan pantas dan mudah. Walau bagaimanapun, parut tetap akan terjadi walaupun penyembuhan berlaku secara lancar.

Tiga langkah mudah menggalakkan penyembuhan parut dengan baik:

1. Elakkan mandi terlalu lama pada beberapa minggu pertama selepas pembedahan.

2. Jangan dedahkan parut kepada cahaya matahari terik dan terlalu lama untuk lebih kurang 6 hingga 9 bulan.

3. Jaga parut dengan baik untuk sekurang-kurangnya 3-6 bulan misalnya dengan menggunakan gel parut. Ini menyokong pembentukan parut dan memastikan parut tidak begitu ketara, elastik dan licin.

Carian

Tiga fasa pembentukan parut

Lihat cara Mederma bertindak

Kisah benar Mederma




Merz [Logo]

Penjelasan bagi istilah-istilah parut yang paling penting - Mederma

URL: http://www.mederma-world.com/mal/service/scar_glossary/surgery/index.jsp
Stand: 24-Oct-2017, 11:37 AM
© 2017 Merz Pharmaceuticals.