Penjelasan bagi istilah-istilah parut yang paling penting


Tisu parut

Tisu parut berbeza daripada kulit di sekelilingnya: Ia mengandungi kurang serat elastik dan tidak mempunyai pigmen warna seperti kulit yang sihat. Folikel rambut, kelenjar sebum dan peluh tidak dipulihkan. Kekurangan serat elastik boleh menyebabkan pengerasan serta pengecutan parut, kadangkala menyebabkan tekanan atau pergerakan yang terhad.


Tisu parut

  • tidak boleh membentuk pigmen warna baru (melanin)
    dan dengan itu tidak menjadi perang
  • mempunyai ketumpatan saluran darah yang rendah
  • cenderung untuk mengecut dan mengeras kerana
    mengandungi kurang serat kolagen yang elastik

Pembentukan parut melibatkan pembinaan saluran-saluran darah halus yang menjadi punca warna merah bagi parut baru. Ini akan hilang secara perlahan-lahan bila parut tersebut matang. Oleh sebab tisu parut tidak mempunyai pigmen warna seperti kulit yang sihat, maka parut akan menjadi lebih cerah daripada kulit di sekelilingnya.

Carian

Tiga fasa pembentukan parut

Lihat cara Mederma bertindak

Kisah benar Mederma




Merz [Logo]

Penjelasan bagi istilah-istilah parut yang paling penting - Mederma

URL: http://www.mederma-world.com/mal/service/scar_glossary/scar_tissue_/index.jsp
Stand: 24-Oct-2017, 11:37 AM
© 2017 Merz Pharmaceuticals.