Penjelasan bagi istilah-istilah parut yang paling penting


Pembentukan parut

Apabila kulit kita tercedera, luka terbentuk. Ini boleh disebabkan oleh kecederaan mekanikal (seperti luka, tikaman atau gigitan), oleh haba (misalnya luka terbakar atau lecur) atau oleh kecederaan kimia (misalnya luka terbakar akibat asid). Kecederaan di permukaan kulit sembuh tanpa membentuk parut. Tetapi sebaik saja luka menjadi lebih dalam, parut akan terbentuk. Tubuh bertindak terhadap sesuatu kecederaan dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut, setiap langkah membantu luka untuk sembuh.


Terdapat tiga fasa pembentukan parut:


Keradangan

Fasa keradangan hanya bertahan lebih kurang 48-72 jam. Mula-mula, luka ditutup secara automatik dengan darah beku yang menghalang partikel asing daripada memasuki organisma tersebut dan mencegah jangkitan. Faktor-faktor tumbesaran diaktifkan untuk merangsang penghasilan tisu baru.



Perkembangbiakan sel

Untuk lebih kurang 3 hingga 6 minggu, tisu penghubung terbentuk untuk menutup luka dengan sepenuhnya.



Pemodelan semula matriks

Fasa terakhir pembentukan parut mengambil masa beberapa bulan atau tahun. Masa yang lama ini diperlukan bagi proses penyembuhan sepenuhnya di lapisan dalam kulit dan untuk membentuk tisu baru yang mengisi luka tersebut dengan sepenuhnya.



Carian

Tiga fasa pembentukan parut

Lihat cara Mederma bertindak

Kisah benar Mederma




Merz [Logo]

Penjelasan bagi istilah-istilah parut yang paling penting - Mederma

URL: http://www.mederma-world.com/mal/service/scar_glossary/scar_formation/index.jsp
Stand: 24-Oct-2017, 11:37 AM
© 2017 Merz Pharmaceuticals.