Penjelasan bagi istilah-istilah parut yang paling penting


Lecur

Lebih kurang 40% luka terbakar terdiri daripada lecur, yang disebabkan oleh air panas atau wap. Lecur biasanya mencapai jauh ke dalam kulit. Tangan, lengan dan badan ialah kawasan-kawasan yang biasa terjejas. Luka terbakar yang lebih besar akibat lecur jarang berlaku tetapi ini boleh berlaku misalnya, apabila seorang kanak-kanak menarik periuk panas jatuh dari ketuhar.

Melecur diklasifikasikan mengikut ketenatan:

Luka terbakar tahap pertama - ringan

Kulit menjadi merah dan sensitif, serupa dengan selaran matahari.

Luka terbakar tahap kedua - sederhana

Lepuh terbentuk dan lukanya merah.

Luka terbakar tahap ketiga - teruk

Terdapat lepuh yang terbuka, ada kala isinya terdedah.

Lecur yang ringan secara umumnya boleh dirawat di rumah. Tuangkan air suam dengan banyak di atas kawasan yang terjejas, terus dari paip jika boleh. Jangan gunakan air sejuk, pad sejuk atau kiub ais kerana ini boleh mencederakan lagi kulit tersebut.

Lecur yang lebih teruk harus dirawat oleh seorang doktor kerana risiko jangkitan amat tinggi. Luka tersebut perlu dibersihkan dengan rapi, dinyahjangkitkan dan ditutupi.

Carian

Tiga fasa pembentukan parut

Lihat cara Mederma bertindak

Kisah benar Mederma




Merz [Logo]

Penjelasan bagi istilah-istilah parut yang paling penting - Mederma

URL: http://www.mederma-world.com/mal/service/scar_glossary/scalds/index.jsp
Stand: 24-Oct-2017, 11:40 AM
© 2017 Merz Pharmaceuticals.