Penjelasan bagi istilah-istilah parut yang paling penting


Parut hipertrofi

Parut hipertrofi atau timbul terbentuk sejurus selepas penyembuhan luka disebabkan penghasilan tisu penghubung secara berlebihan. Parut ini menonjolkan diri melebihi paras kulit di sekelilingnya tetapi kekal terbatas kepada kawasan kecederaan yang asal. Parut ini selalunya sangat merah dan boleh menyebabkan kegatalan dan kesakitan.

Parut hipertrofi kerap diakibatkan oleh luka terbakar atau muncul pada bahagian kulit yang kerap bergerak seperti sendi. Tekanan yang disebabkan oleh regangan kulit mengakibatkan serat kolagen membarisi arah regangan tersebut dan saluran darah dan tisu tambahan dihasilkan. Punca bagi parut hipertofi ialah jangkitan atau kawasan luka yang tidak mendapat rehat yang mencukupi. Kanak-kanak dan orang dewasa muda lebih cenderung untuk mendapat parut hipertrofi kerana golongan ini menghasilkan tisu dengan lebih cepat.

Carian

Tiga fasa pembentukan parut

Lihat cara Mederma bertindak

Kisah benar Mederma




Merz [Logo]

Penjelasan bagi istilah-istilah parut yang paling penting - Mederma

URL: http://www.mederma-world.com/mal/service/scar_glossary/hypertrophic_scars/index.jsp
Stand: 24-Oct-2017, 11:40 AM
© 2017 Merz Pharmaceuticals.