Penjelasan bagi istilah-istilah parut yang paling penting


Luka terbakar

Kebanyakan luka terbakar adalah kerana tersentuh api atau objek panas (55%). Lebih kurang 40% daripada semua luka terbakar ialah lecur yang disebabkan oleh air panas atau wap. Luka terbakar secara umumnya diakibatkan oleh kecuaian dalam kehidupan harian dan kerap menjejaskan kanak-kanak.

Luka terbakar diklasifikasikan mengikut darjah ketenatan - daripada luka terbakar ringan di mana hanya lapisan atas kulit telah rosak sehingga luka terbakar teruk di mana semua lapisan kulit dan tisu di bawahnya terjejas.

Luka terbakar tahap pertama
Kulit merah, bengkak sedikit dan menyakitkan. Hanya lapisan pertama (epidermis) yang terjejas.

Luka terbakar tahap kedua
Lepuh terbentuk dan lukanya sungguh menyakitkan. Kecederaan mencapai jauh ke dalam tisu dan menjejaskan lapisan atas (epidermis) dan lapisan tengah kulit (dermis).

Luka terbakar tahap ketiga
Tiada kesakitan kerana hujung saraf telah dimusnahkan. Bukan saja kulit bahkan tisu di bawahnya turut dimusnahkan.

Mujurlah, kebanyakan luka terbakar boleh diklasifikasikan sebagai ringan tetapi ini kerap melibatkan kawasan kulit yang besar dan dengan demikian boleh meninggalkan parut yang besar jika tidak dirawat.

Carian

Tiga fasa pembentukan parut

Lihat cara Mederma bertindak

Kisah benar Mederma




Merz [Logo]

Penjelasan bagi istilah-istilah parut yang paling penting - Mederma

URL: http://www.mederma-world.com/mal/service/scar_glossary/burns/index.jsp
Stand: 24-Oct-2017, 11:37 AM
© 2017 Merz Pharmaceuticals.