Penjelasan bagi istilah-istilah parut yang paling penting


Lelas

Lelas ialah salah satu daripada kecederaan kulit yang paling lazim. Lelas ialah kecederaan kulit pada permukaan yang berlaku apabila kulit tergesel pada permukaan yang kasar. Ini berlaku, misalnya, apabila terjatuh. Sama ada anda sedang berbasikal, 'inline skating' atau bermain bola sepak - lelas ialah kecederaan sukan yang biasa.

Lelas selalunya agak besar, menyakitkan dan lembap. Walaupun lelas tidak berbahaya, namun lelas harus dirawat dengan betul supaya kulit dapat sembuh.

Tiga langkah untuk merawat lelas

1. Pembersihan
Lelas kerap kotor dan harus dibersihkan dengan disinfektan yang kurang kuat untuk mencegah jangkitan.

2. Perlindungan
Untuk melindungi lelas daripada melekat pada kulit, luka tersebut harus ditutup dengan kain pembalut.

3. Berjumpa doktor
Untuk lelas yang saiznya besar atau dalam, pembersihan dan rawatan secara professional harus dirujuk pada doctor.

Lelas membentuk keruping yang memberi perlindungan semula jadi. Di bawah keruping ini, tisu baru terbentuk dari hujung ke dalam dan luka tersebut ditutup secara perlahan-lahan. Selepas beberapa hari keruping akan terkopek dan kulit baru terdedah. Pada mulanya, ini mungkin agak merah dan perlu dijaga dengan baik untuk memastikannya sembuh dengan sepenuhnya.

Carian

Tiga fasa pembentukan parut

Lihat cara Mederma bertindak

Kisah benar Mederma




Merz [Logo]

Penjelasan bagi istilah-istilah parut yang paling penting - Mederma

URL: http://www.mederma-world.com/mal/service/scar_glossary/abrasions/index.jsp
Stand: 24-Oct-2017, 11:37 AM
© 2017 Merz Pharmaceuticals.