Segalanya yang anda perlu tahu tentang Mederma®

Seawal yang mungkin. Iaitu, sebaik saja luka tersebut tertutup atau jahitannya ditanggalkan. Apabila merawat parut lama, jangan tunggu terlalu lama. Lebih awal parut itu dirawat, lebih baik hasilnya.

Anda akan merasai kesannya sebelum perubahan kelihatan: sedikit kegatalan semasa minggu pertama atau kedua merupakan tanda baik yang pemulihan sedang berlaku. Kesan pertama kejayaan lazimnya merupakan pengurangan kemerahan. Berikan kulit anda dan Mederma sedikit masa untuk ini berlaku. Rawatan parut sememangnya memerlukan kesabaran!

Gunakan Mederma secara konsisten untuk sekurang-kurangnya 8 minggu bagi parut baru atau 3-6 bulan pada parut lama.

Kanak-kanak lebih cenderung kepada geselan dan luka yang boleh meninggalkan parut yang hodoh. Mederma sungguh selamat dan lembut, malah bayi dan kanak-kanak kecil boleh dirawat dengannya. Ini menjaminkan luka yang kecil tidak meninggalkan parut ketara yang berkekalan.

Mederma ialah gel parut yang terbukti secara klinikal dan disyorkan oleh para doktor dan ahli farmasi di seluruh dunia. Ini adalah ubat No. 1 di AS dan peneraju dalam rawatan parut di dunia* Kombinasi bahan-bahan aktif membuat parut lebih lembut, lebih licin, lebih elastik dan kurang ketara. Keberkesanan ini telah disahkan secara saintifik dalam kajian-kajian klinikal.

Tidak, parut adalah sesuatu yang kekal dan tidak akan hilang sepenuhnya. Walau bagaimanapun, Mederma effektif dalam mengurangkan parut yang ketara. Untuk hasil yang terbaik, adalah penting untuk meneruskan rawatan selama 8 minggu pada parut baru dan 3-6 bulan pada parut lama.

Ya. Tetapi anda disyorkan supaya tidak menggunakan Mederma terlalu dekat dengan mata anda.

Tiada masalah. Sebaik sahaja kulit telah menyerap gel tersebut, anda boleh memakai mekap seperti biasa.

Parut yang tenggelam atau atrofi kerap berlaku akibat jerawat atau cacar air. Mederma tidak dinyatakan dengan jelas untuk kegunaan parut jenis ini kerana ia tidak akan membantu "mengisi" parut yang tenggelam. Tetapi Mederma telah dibuktikan mempunyai kesan yang positif ke atas kemerahan dan kegatalan. Oleh itu, beberapa orang pesakit telah melaporkan kesan yang positif apabila menggunakan Mederma pada parut jerawat yang tenggelam (atrofi). Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut tentang rawatan khusus untuk parut atrofi, sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.

Mederma boleh didapati dengan mudah di farmasi tanpa memerlukan preskripsi.

Tiada apa yang boleh menghilangkan parut dengan sepenuhnya. Tetapi Mederma membantu melegakan ketidakselesaan, menggalakkan penyembuhan dan - dengan penggunaan secara tetap dan konsisten - parut anda akan mejadi kurang ketara. Maka anda boleh berasa yakin semula dengan kulit anda.

Carian

Tiga fasa pembentukan parut

Lihat cara Mederma bertindak

Kisah benar Mederma




Merz [Logo]

Segalanya yang anda perlu tahu tentang Mederma® - Mederma

URL: http://www.mederma-world.com/mal/service/faqs/index.jsp
Stand: 18-Dec-2017, 06:13 AM
© 2017 Merz Pharmaceuticals.