Bagaimana parut harus dirawat?

Anda akan mencapai keputusan yang lebih baik jika parut anda dirawat dengan seawal-awalnya. Jagalah parut anda dengan Mederma dan ingatilah tips berikut.

Jangan dedahkan parut anda kepada matahari

Disebabkan kurang pigmentasi, tisu parut tidak menghasilkan melanin untuk melindungi kulit daripada sinaran UV. Sentiasa gunakan pelindung matahari apabila mendedahkan parut anda kepada sinaran UV atau matahari yang terik. Pelindung matahari dengan faktor perlindungan yang tinggi atau penghalang matahari harus menjadi sebahagian daripada program penjagaan parut harian anda.

Elakkan cuaca panas dan sejuk yang melampau

Parut baru amat sensitif. Elakkan suhu yang melampau selama enam bulan hingga setahun. Jangan mandi wap atau berada di luar apabila keadaan sangat sejuk - ini boleh menjejaskan proses pertumbuhan semula kulit secara negatif. Pastikan parut anda ditutup dengan baik apabila anda keluar dalam cuaca yang sejuk.

Jaga parut di buku jari, siku dan sendi lain

Parut yang terletak berdekatan dengan tulang harus dilindungi dengan baik. Berhati-hati supaya tidak mencederakan semula tisu parut.

Berhati-hati dengan parut anda semasa bersukan

Parut baru mudah terbuka semula semasa bersukan. Proses penyembuhan boleh diganggu dengan mendedahkan tisu parut kepada tekanan fizikal.

Jangan pakai pakaian yang kasar

Elak pakaian yang ketat atau jam tangan atau kasut yang menggesel luka tersebut kerana ini boleh menyebabkan kemerahan atau pengerasan tisu parut yang baru. Kod pakaian terbaik selalunya pakaian yang ringan dan longgar.

Panduan tambahan: urut parut anda

Kombinasi gel proaktif Mederma serta urutan yang teliti boleh membantu melonggarkan tisu parut dan membantu pembentukan tisu yang sihat. Sapukan gel Mederma ke bahagian tengah parut dan secara perlahan-lahan, sebarkannya ke luar. Kemudian gosokkan gel tersebut dengan membuat bulatan kecil dan teruskan selama beberapa minit. Urutan dengan Mederma secara konsisten menyokong proses penyembuhan kulit.

Panduan tambahan: rendamkan parut anda

Rendaman disyorkan untuk parut di tangan, siku, kaki, dll. Picitkan Mederma ke dalam air suam dan rendamkan parut selama lebih kurang 15 minit.

Panduan tambahan: Balutkan dengan kain pembalut

Untuk parut yang besar, penggunaan kain pembalut dengan gel disyorkan. Lembutkan tisu parut terlebih dahulu dengan menggunakan pad yang hangat dan lembap. Kemudian sapukan Mederma dalam lapisan yang sederhana tebal. Sebarkan gel dengan perlahan di atas parut, tutup kawasan tersebut dengan foil dapur yang nipis. Letakkan kain pembalut di atasnya. Kemudian biarkan gel tersebut bertindak semalaman.

Carian

Tiga fasa pembentukan parut

Lihat cara Mederma bertindak

Kisah benar Mederma




Merz [Logo]

Bagaimana parut harus dirawat? - Mederma

URL: http://www.mederma-world.com/mal/service/everyday_tips/index.jsp
Stand: 18-Dec-2017, 06:08 AM
© 2017 Merz Pharmaceuticals.