Terma penggunaan

Merz berhak untuk menambah, memadam atau mengubah maklumat tersebut pada bila-bila masa tanpa notis awal. Peruntukan Terma Penggunaan tidak mewujudkan sebarang hak kontrak atau hak undang-undang lain pada atau bagi mana-mana pihak.

Tiada Jaminan atau Waranti

Merz komited untuk mengemas kini lamannya. Walau bagaimanapun, Merz tidak menjamin ketepatan dan kelengkapan sebarang maklumat yang terkandung dalam laman ini. Kecuali bagi kerosakan secara langsung yang disebabkan oleh salah laku atau kecuaian Merz, Merz tidak bertanggungjawab bagi sebarang kerugian secara langsung, tidak langsung, khas, punitif, tidak sengaja atau turutan yang terbit akibat atau berhubung dengan lawatan anda ke laman web ini, termasuk, tanpa batasan, kehilangan keuntungan, gangguan perniagaan dan kehilangan program atau data elektronik.

Bagi kemudahan pelawat kami, Merz menyediakan pautan ke laman-laman web lain. Walau bagaimanapun, pautan tertentu di laman ini membawa kepada sumber-sumber yang terletak di pelayan-pelayan yang diselenggarakan oleh pihak ketiga di luar kawalan Merz. Merz tidak bertanggungjawab bagi kandungan pihak ketiga atau akibat daripada penggunaan anda.

Nasihat atau Pendapat Pakar

Sebagai sumber yang berguna kepada pelawat kami, laman web ini mungkin mengandungi pendapat pakar. Maklumat dalam laman ini yang dikenal pasti sebagai pendapat pakar, atau diakses daripada laman ini melalui hiperpautan, mewakili pendapat pakar ini, yang tidak semestinya pendapat Merz.

Hak Milik Intelek

Sila ambil perhatian bahawa adalah dasar Merz untuk menguatkuasakan hak milik intelek setakat mana yang mungkin seperti yang ditetapkan oleh undang-undang yang berkenaan, termasuk sekatan jenayah. Jenama, logo dan tanda khidmat (secara kolektif dikenali sebagai "Jenama") yang dipaparkan di laman ini ialah Jenama yang dimiliki atau dilesenkan oleh Merz. Tiada apa di laman ini yang harus dianggap sebagai memberikan keizinan, secara implikasi atau sebaliknya, bagi sebarang lesen atau hak terhadap Jenama tersebut tanpa kebenaran bertulis Merz dengan jelas atau jika bukan Merz, pemilik Jenama tersebut. Sebagai tambahan, sebarang penghasilan semula, penghantaran semula, pengubahsuaian atau penggunaan kandungan laman ini bagi tujuan selain daripada peribadi dan bukan komersial, memerlukan kebenaran bertulis Merz terlebih dahulu. Notis hak cipta berikut mesti muncul pada setiap salinan kandungan laman ini atau sebahagian daripadanya: Copyright © 2004 Merz. Semua hak terpelihara.

Carian

Tiga fasa pembentukan parut

Lihat cara Mederma bertindak

Kisah benar Mederma




Merz [Logo]

Terma penggunaan - Mederma

URL: http://www.mederma-world.com/mal/metadata/terms_of_use/index.jsp
Stand: 24-Oct-2017, 11:38 AM
© 2017 Merz Pharmaceuticals.