Dasar privasi

Dasar Privasi ini menggariskan jenis maklumat yang boleh dikumpulkan oleh Merz semasa anda melawat laman web kami dan bagaimana Merz menggunakan maklumat tersebut. Sesetengah daripada maklumat yang kami simpan dalam pelayan web kami ialah maklumat yang anda berikan secara sukarela melalui borang dan sesetengahnya dikumpulkan secara automatik. Kecuali jika anda secara sukarela, menghantarkan data peribadi sendiri, Merz tidak akan mengumpulkan sebarang maklumat, di mana, pelawat individu boleh dikenal pasti mahupun Merz akan menggunakan sebarang teknologi yang bertujuan untuk mengenal pasti seorang pelawat.

Maklumat Dikumpulkan dan Disimpan secara Automatik

Seperti yang dilakukan oleh banyak syarikat lain, Merz juga mengukur prestasi laman web ini untuk memperbaiki dan menyesuaikannya bagi pelawat kami. Semasa lawatan anda, Merz secara automatik mengumpulkan dan menyimpan buat sementara maklumat berikut mengenai komputer anda dan lawatan anda:

  • Domain dan hos dari mana anda mengakses Internet
  • Alamat Internet laman web dari mana anda berpaut secara langsung kepada laman Merz, jika berkenaan
  • Tarikh dan masa anda tiba di laman kami dan berapa lama anda habiskan masa di laman tersebut dan halaman mana yang anda lawati
  • Alamat protokol Internet (IP) anda dan
  • Sistem operasi komputer anda dan perisian penyemak seimbas

Merz mungkin akan mengamanahkan pihak ketiga dengan ukuran prestasi yang diterangkan. Dalam apa jua keadaan kami tidak akan memperoleh maklumat mengenai identiti individu mana-mana pelawat. Pihak ketiga seperti itu akan diperlukan untuk mengikuti piawaian privasi kami bagi menyediakan kami dengan maklumat gabungan sahaja untuk menggunakan maklumat yang dikumpulkan itu hanya bagi tujuan maklumat itu disimpan oleh Merz dan untuk memusnahkan maklumat tersebut selepas itu.

Sesetengah laman Web Merz mungkin akan mendepositkan cebisan maklumat yang dikenali sebagai "cookies" dalam komputer pelawat. Umumnya, cookie memberikan satu nombor unik kepada pelawat yang tidak mempunyai makna di luar laman yang membahagikan cookie itu. Cookies boleh memberitahu kami bagaimana dan bila halaman dalam sesebuah laman Web dilawati dan berapa ramai orang melawatinya. Teknologi ini tidak mengumpulkan maklumat yang boleh mengenal pasti pelawat individu; sebaliknya maklumat ini juga dalam bentuk gabungan. Tujuan teknologi ini dan maklumat yang disediakannya sekali lagi membantu kami untuk memperbaiki laman Web kami. Kebanyakan penyemak seimbas Web membenarkan pengguna untuk menafikan atau menerima ciri cookie. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa cookie mungkin diperlukan untuk memberi anda ciri-ciri tertentu (misalnya penghantaran maklumat mengikut kesesuaian) yang ada pada laman Merz. Maklumat lanjut mengenai cookie boleh ditemui di www.cookiecentral.com/faq/.

Maklumat Peribadi yang Anda Pilih untuk Berikan

Hanya apabila diminta secara khusus oleh pelawat laman web barulah maklumat yang kami kumpulkan akan digunakan untuk memberi jawapan kepada pertanyaan pelawat, menerusi program pesanan e-mel dan memaklumkan pelawat tentang kandungan atau perkhidmatan baharu di laman web kami. Sekiranya anda memutuskan tidak lagi ingin menerima penghantaran mel dan/atau e-mel daripada kami, sila beritahu kami dengan menghantar e-mel atau menulis kepada kami dan memberitahu kami bahawa anda tidak ingin menerima lagi penghantaran mel dan/atau e-mel. Sila berikan kami nama, alamat pos dan/atau alamat e-mel anda dengan tepat. Kami akan memastikan nama anda dikeluarkan daripada senarai mel kami.

Merz akan menggunakan maklumat peribadi hanya bagi tujuan yang dinyatakan kepada anda semasa anda memberikannya. Merz tidak akan mendedahkan, menjual, menyewakan atau menukarkan maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti itu kepada mana-mana organisasi atau entiti lain kecuali jika pengguna dimaklumkan terlebih dahulu dan memberikan persetujuan yang jelas kepadanya atau kerana diperlukan oleh undang-undang.

Merz berhak untuk meminda dasar ini pada bila-bila masa. Dasar privasi ini tidak mewujudkan sebarang hak kontrak atau hak undang-undang lain pada atau bagi mana-mana pihak.

Carian

Tiga fasa pembentukan parut

Lihat cara Mederma bertindak

Kisah benar Mederma




Merz [Logo]

Dasar privasi - Mederma

URL: http://www.mederma-world.com/mal/metadata/privacy_policy/index.jsp
Stand: 24-Oct-2017, 11:39 AM
© 2017 Merz Pharmaceuticals.