Terdapat tiga jenis parut utama


Parut hipertrofi

Parut hipertrofi atau timbul terbentuk sejurus selepas penyembuhan luka disebabkan oleh penghasilan tisu penghubung secara berlebihan. Parut jenis ini cenderung untuk timbul dan muncul di atas paras kulit di sekelilingnya tetapi kekal terbatas kepada kawasan kecederaan yang asal. Faktor-faktor risiko bagi parut yang timbul ialah jangkitan dan imobilisasi luka yang tidak mencukupi.



Keloid

Keloid juga dikenali sebagai parut yang membesar secara berlebihan. Ia muncul beberapa ketika selepas luka tersebut sembuh. Oleh sebab tisu penghubung dihasilkan dengan begitu banyak, parut tersebut membesar melampaui luka dan ke kulit yang sihat. Parut keloid menjadi lebih besar daripada kecederaan asal.

Parut pada bahagian tubuh dengan tegangan kulit yang tinggi lebih mudah menyebabkan pembentukan keloid. Agak kerap, kecenderungan genetik untuk mendapat keloid itu diwarisi. Keloid juga berlaku sepuluh kali lebih kerap pada mereka yang berkulit gelap.



Parut atrofi

Parut atrofi tenggelam sedikit kerana kekurangan kolagen. Dalam keadaan demikian, tisu parut menutupi luka tetapi tisu yang dihasilkan tidak mencukupi untuk mengisi kawasan yang rosak dengan sepenuhnya. Parut atrofi lazim berlaku selepas jerawat atau cacar air.


Satu rawatan untuk pelbagai jenis parut

Parut hipertrofi dan Keloid paling baik dirawat dengan Mederma supaya kurang ketara. Dalam sesetengah keadaan, pilihan rawatan iringan sebagai tambahan kepada Mederma mungkin berguna. Untuk maklumat lanjut, sila tanya doktor atau ahli farmasi anda.

Carian

Tiga fasa pembentukan parut

Lihat cara Mederma bertindak

Kisah benar Mederma




Merz [Logo]

Terdapat tiga jenis parut utama - Mederma

URL: http://www.mederma-world.com/mal/about_scars/scar_types/index.jsp
Stand: 18-Dec-2017, 06:15 AM
© 2017 Merz Pharmaceuticals.