Pelbagai faktor mempengaruhi pembentukan parut

Parut adalah suatu proses individu, yang bukan hanya bergantung pada saiz dan kedalaman luka tersebut tetapi juga dipengaruhi oleh faktor-faktor lain.

Usia

Lebih tua seseorang itu, lebih perlahan penyembuhan kulitnya, lalu meningkatkan kemungkinan berlakunya parut. Tetapi juga antara usia 10 dan 30 tahun, pengeluaran tisu penghubung secara berlebihan boleh menyebabkan pembentukan parut yang lebih besar.

Jenis kulit

Secara umum, mereka yang berkulit gelap atau sangat cerah lebih mudah untuk mempunyai parut yang ketara. Faktor-faktor keturunan juga memainkan peranan dalam menyembuhkan parut.

Hormon

Wanita hamil dan remaja yang mengalami perubahan penyeimbangan hormon lebih cenderung untuk mempunyai parut.

Lokasi parut tersebut

Parut lebih berkemungkinan terbentuk pada bahagian tubuh di mana kulit berada di bawah tekanan seperti di sendi atau bahu.

Komplikasi dalam penyembuhan luka

Jangkitan serta keradangan kronik (misalnya jerawat) meningkatkan risiko untuk mempunyai parut.

Carian

Tiga fasa pembentukan parut

Lihat cara Mederma bertindak

Kisah benar Mederma




Merz [Logo]

Pelbagai faktor mempengaruhi pembentukan parut - Mederma

URL: http://www.mederma-world.com/mal/about_scars/influencing_factors/index.jsp
Stand: 23-Oct-2017, 11:50 AM
© 2017 Merz Pharmaceuticals.