Parut biasanya adalah bekas kecederaan yang dialami setiap hari. Gejalanya yang kurang baik, seperti kemerahan, bengkak, gatal dan tegang, boleh menjejaskan kualiti hidup secara negatif.
Terdapat banyak perbezaan antara tisu parut dengan kulit yang sihat. Parut bukan sahaja kelihatan berbeza malah ia juga bertindak dengan cara yang berbeza daripada kulit di sekelilingnya. Folikel rambut, kelenjar sebum dan peluh tidak dipulihkan. Tisu parut terdiri daripada kolagen yang kurang elastik dan tidak mempunyai pigmen warna seperti kulit yang sihat.
Perbezaan-perbezaan ini menunjukkan mengapa sesuatu parut tidak akan hilang sepenuhnya. Tetapi rawatan yang betul dengan Mederma membantu mengurangkan parut yang ketara supaya anda boleh berasa yakin semula dengan kulit anda.
Carian
URL: http://www.mederma-world.com/mal/about_scars/index.jsp
Stand: 26-Apr-2018, 06:56 PM
© 2018 Merz Pharmaceuticals.