Parut adalah cara semula jadi luka ditutup

Kebanyakan kecederaan harian, seperti luka, lecet, lelas atau luka terbakar tidak berbahaya. Tetapi ia boleh menyebabkan parut yang ketara apabila lapisan dalam kulit tercedera. Dalam keadaan demikian, tubuh bertindak terhadap kecederaan tersebut dengan mengikuti langkah-langkah yang selaras.


Keradangan

Fasa keradangan hanya bertahan 48-72 jam. Luka ditutup secara automatik dengan darah beku, yang menghentikan partikel asing daripada memasuki organisma tersebut dan mencegah jangkitan. Faktor-faktor pertumbuhan yang merangsang pembentukan tisu baru diaktifkan.



Perkembangbiakan sel

Untuk lebih kurang 3 hingga 6 minggu, perkembangbiakan sel membentuk tisu penghubung untuk menutup luka tersebut. Untuk menggalakkan proses penyembuhan, rawatan dengan Mederma harus dimulakan dalam fasa ini sebaik saja luka tersebut tertutup.



Pemodelan semula matriks

Fasa terakhir pembentukan parut mengambil masa beberapa bulan atau tahun. Kulit kita memerlukan masa ini untuk proses penyembuhan di lapisan dalam dan untuk membentuk tisu baru bagi mengisi luka tersebut dengan sepenuhnya. Ini sebabnya mengapa parut lama harus dirawat dengan Mederma supaya menjadi kurang ketara.




Proses menjadi parut boleh dipengaruhi dalam setiap fasa pembentukan parut. Tetapi lebih awal parut itu dirawat, kurang ketara jadinya. Untuk hasil yang terbaik, gunakan Mederma sebaik saja luka tersebut tertutup atau jahitannya ditanggalkan - untuk sekurang-kurangnya 8 minggu pada parut baru dan 3-6 bulan pada parut lama.

Carian

Tiga fasa pembentukan parut

Lihat cara Mederma bertindak

Kisah benar Mederma




Merz [Logo]

Parut adalah cara semula jadi luka ditutup - Mederma

URL: http://www.mederma-world.com/mal/about_scars/how_scars_develop/index.jsp
Stand: 18-Dec-2017, 06:09 AM
© 2017 Merz Pharmaceuticals.