Parut mempunyai banyak sebab – Mederma® sentiasa membantu

Luka, lecet, luka terbakar, lelas atau pembedahan kecil: kecederaan adalah sebahagian daripada kehidupan harian. Kebanyakan daripada luka ini dilupakan dengan cepat tetapi kadangkala ia boleh menjadi parut, meninggalkan tanda yang ketara pada kulit. Mederma ialah pilihan terbaik bagi semua jenis kecederaan yang dialami setiap hari untuk mencegah parut yang ketara.

Luka dan lecet


Luka disebabkan oleh objek yang tajam, licin yang boleh merentasi semua lapisan kulit. Sesetengah luka hanya pada permukaan dan sembuh dengan pantas tetapi sekiranya ia memasuki jauh ke dalam kulit, parut boleh terjadi.




Lecet disebabkan oleh sesuatu yang tumpul, biasanya pada bahagian tubuh di mana kulit berada betul-betul di atas tulang, seperti tengkorak, lutut atau tulang kering.



Kebanyakan luka dan lecet tidak teruk. Tetapi apabila luka yang dalam berlaku, pembentukan parut yang hodoh harus dielakkan melalui rawatan parut yang sesuai.

Luka terbakar


Luka terbakar kerap berlaku akibat tersentuh api atau objek panas (55%) dan kerap menjejaskan kanak-kanak. Luka terbakar yang ringan boleh dirawat dengan mudah di rumah tetapi untuk luka terbakar yang lebih serius, ia harus dirujuk kepada doktor.




Lebih kurang 40% luka terbakar terdiri daripada lecur, yang disebabkan oleh cecair panas atau wap.



Mujurlah, kebanyakan luka terbakar adalah ringan tetapi ia kerap melibatkan kawasan kulit yang besar dan boleh meninggalkan parut yang besar jika tidak dirawat.

Lelasan kulit


Lelasan kulit adalah kecederaan sukan yang biasa dan timbul apabila kulit dikikis atas permukaan yang kasar. Luka sering kelihatan besar, menyakitkan dan lembap dan boleh membawa kepada parut hodoh yang biasanya sembuh dengan cepat. Walaupun lelasan kulit tidak berbahaya, mereka perlu dijaga dengan baik supaya kulit boleh sembuh.



Pembedahan


Kemalangan berlaku di mana sahaja, di luar mahupun di dalam rumah. Patah tangan atau kaki mungkin memerlukan pembedahan dan ia adalah punca utama parut.




Malah pembedahan kecil, misalnya pembuangan tanda lahir, tahi lalat atau tatu, boleh meninggalkan parut. Pembedahan ini biasanya dirancang lebih awal supaya pesakit berpeluang menyediakan diri mereka dengan baik bagi penjagaan selepas pembedahan.



Kepelbagaian kecederaan dicerminkan oleh pelbagai jenis parut. Sesetengahnya tidak begitu ketara dan tidak menyebabkan ketidakselesaan manakala yang lain pula mungkin gatal atau menyakitkan. Tetapi dalam semua keadaan, adalah penting untuk memulakan rawatan awal dengan Mederma: sebaik saja luka tersebut tertutup atau jahitannya ditanggalkan. Sapukan Mederma dua kali sehari untuk sekurang-kurangnya 8 minggu pada parut baru dan 3-6 bulan pada parut lama - untuk parut yang hampir tidak kelihatan.

Carian

Tiga fasa pembentukan parut

Lihat cara Mederma bertindak

Kisah benar Mederma




Merz [Logo]

Parut mempunyai banyak sebab – Mederma® sentiasa membantu - Mederma

URL: http://www.mederma-world.com/mal/about_mederma/areas_of_use/index.jsp
Stand: 23-Oct-2017, 11:48 AM
© 2017 Merz Pharmaceuticals.